SELAMAT DATANG KALIAN. INI BLOG HIJAU. HIJAUKANLAH HIDUP ANDA

Followers

Wednesday, 15 April 2015

Budget Travel

Bercuti di destinasi pilihan sememang­nya impian semua bakal pelancong. Namun, kerana kos percutian yang mahal, ramai yang terpaksa menunda ataupun membatalkan terus percutian yang sudah lama dirancang. Kali ini aku kongsilan beberapa Tip Merancang Percutian Bajet.
Bercuti tidak semesti­nya mahal. Apa yang penting, percutian itu dapat dinikmati, memberikan pengalaman baru, keakraban bersama keluarga dan menghilangkan tekanan.
Justeru, bagi anda yang inginkan percutian murah dan menarik, ikuti tip melancong minggu ini supaya anda boleh berjimat dan menikmati perjalanan yang menarik.
MENYEWA kereta menjimatkan perbelanjaan.
pix_gal1
Cari maklumat
Ramai antara kita pergi melancong tetapi bingung apabila sampai di tempat tujuan. Hal ini terjadi kerana sebelum berangkat, kita tidak mencari maklumat mengenai kota atau negara yang akan dikunjungi, padahal, tempat-tempat menarik pasti boleh didapati di Internet atau di buku-buku pelancongan.
Mencari maklumat menerusi Internet mengenai destinasi yang dituju, pakej berkaitan dan sebagainya lebih awal sangat penting kerana anda boleh mengetahui apakah ada diskaun bermula dari tiket penerbangan atau hotel.
Anda juga boleh mencari tempat membeli-belah terutama barangan cenderamata di pasar tradisional dan sebagainya.
Membawa Wang
Kehabisan wang ketika bercuti? Perkara sebegini sememangnya sering berlaku dan memberikan pelbagai masalah. Justeru, ja­ngan sampai anda kehabisan wang saat di perjalanan.
Sebelum berangkat ke destinasi yang dituju, pastikan anda memiliki wang yang cukup agar tidak mendatangkan masalah dan membuat­kan anda bingung sepanjang percutian.
Wang yang dibawa saat bercuti bukanlah untuk dibelanjakan semuanya.
Anda harus tetap mengawasi pengeluaran dengan mencatatnya. Sekali gus menahan diri dan bertanggungjawab atas apa yang sudah dibelanjakan.
Tiket Penerbangan
Pastikan anda mendapat­kan maklumat percutian selengkap mungkin. Dengan itu, anda sudah boleh memeriksa harga tiket murah atau harga promosi.
Jika anda belum yakin dengan harga­nya, periksa lagi setiap beberapa hari. Siapa tahu ada penurunan harga. Saat harga turun, segera membuat tempahan tiket penerbangan.
Jika tarikh percutian anda masih lama, jangan lupa buat catatan. Takut-takut terlupa, anda juga yang rugi.
Pilih pengangkutan yang menyenangkan
Melakukan perjalanan dengan pesawat memang lebih cepat, namun perbelanjaan yang harus dikeluarkan lebih mahal.
Justeru, jika destinasi yang dituju boleh dikunjungi dengan menggunakan kereta, ia pastinya pilihan yang lebih menyenangkan dan sudah pasti lebih murah.
Selama di perjalanan, anda boleh menikmati pemandangan sekali gus menambahkan pengetahuan mengenai destinasi yang dituju serta kawasan sekitarnya.
Bukan Musim Cuti
Belanja perjalanan akan lebih murah jika bercuti ketika bukan musim cuti atau di awal dan akhir musim itu. Selain itu, jika anda ­ingin menikmati suasana yang tidak terlalu riuh kerana ramai orang, ini waktu yang tepat.
Bercuti ketika musim cuti membuatkan tempat-tempat pelancongan dipenuhi ramai orang. Belanja ketika itu juga lebih tinggi kerana ba­nyak permintaan.
Layanan Terbaik
Selain mencari hotel yang bagus, lihat juga taraf biliknya. Siapa tahu ada penawaran khusus seperti penginapan dua malam akan mendapatkan satu malam percuma atau potongan harga.
Anda juga mungkin boleh mendapatkan layanan spa yang terbaik bagi yang sudah memesan bilik pe­nginapan.
Pilihan yang tepat pastinya menjadikan percutian anda akan jauh lebih menarik.
Sewa Kereta
Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat terlebih dahulu mengenai destinasi yang akan dikunjungi.
Salah satunya adalah pengangkutannya terutama dari lapangan terbang ke hotel.
Siapa tahu ada bas yang melalui hotel tempat yang anda menginap. jadi tidak perlu mengeluarkan belanja mahal untuk teksi.
Untuk lebih jimat, anda boleh menyewa kereta selama bercuti. Perkhidmatan sewa kereta sememangnya banyak di mana-mana destinasi pelancong dan yang pasti turut menyediakan promosi harga murah.
Anda bebas memilih dengan meminta pendapat dari pihak hotel atau rakan yang pernah mengunjung destinasi yang anda kunjungi itu.
Cermat Memilih
Pilihlah tempat bercuti yang benar-benar unik, bagus dan ada ciri khasnya. Jangan sampai anda pergi ke tempat yang tidak menarik, kurang diminati orang dan belanjanya mahal.
Anda mungkin saja tidak menikmati, malah kecewa dengan destinasi yang dikunjungi itu.
Percutian Menarik
Tidak perlu memaksa diri bercuti di luar negara. Masih banyak tempat-tempat menarik di negara ini yang mengagumkan dan mungkin lebih menarik dengan apa yang ditawarkan di luar negara.
Bercuti di dalam negeri tempat anda tinggal juga pasti menarik dan memberikan percutian yang me­nyeronokkan.
Oleh itu, di mana juga destinasinya, dekat atau jauh, kuncinya ha­nya satu. Percutian Menarik. Selamat bercuti.

Tuesday, 14 April 2015

Hobi




Aku ni suka sangat mengumpul, kadang-kadang barang yang dah berzaman punya ada kat rumah aku tu pun tak jadi nak buang sebab sayang punya pasal. hahahaha. Dulu aku tak minat pun nak kumpul duit ni sebab aku tgok duit ni macam biasa je. "duit je kot, bukan tak boleh cari" sampai satu masa ada brader dekat tempat kerja aku ni cakap, "kau kalau jumpa duit 10sen tahun 1971 kau simpan, nanti aku beli dengan kau, RM200 aku boleh bayar" mula-mula aku tak percaya jugak dalam hati pun cakap "ahh.. menipu la" tapi lepas aku join satu group duit lama dekat facebook memang betul apa yang brader tu cakap. Duit syiling 1971 memang tak banyak dikeluarkan pada tahun tu dan siapa yang ada duit ni kira rare habis la. Kalau tak silap aku duit syiling tu keluar tak lebih dari 100 pada tahun tu. Kalau tak silap la. Okay, duit yang aku simpan ni ada keistimewaan tersendiri. Apa yang istimewa tu ? Yang istimewa duit tu ialah tandatangan pada setiap duit yang ada contohnya macam Aishah , Ismail Md Ali. Bagi aku benda macam ni semua limited, yelah mana nak jumpa lagi duit macam ni kan. Aku percaya ramai orang tua-tua memang suka simpan duit ni. Aku dah buat kajian dah sebelum ni dan kebanyakkan duit yang aku dapat, beli dan swap ni semuanya dari orang tua. hahaha. Jadi simpanlah duit tu walaupun seringgit ya. Bak kata pepatah, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" 
Assalamualaikum..

hashtagsekadarberkongsi

Alhamdulillah




Alhamdulillah setelah lebih kurang ditolak dan ditambah, akhirnya aku dapat mengenggam segulung diploma. Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan di dalam hidup. Hadiah yang dapat aku berikan kepada kedua ibu dan bapa serta keluarga yang telah memberikan semangat untuk berjaya sehingga hari ini. Jutaan tahniah dan terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang sama-sama berjuang. Susah dan senang kami bersama dan berkat yang telah diberikan oleh pensyarah tidak mungkin dapat dilupakan. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalasnya. Insyallah. Amin. 

hashtagsayabukansampahlagi

Rasa Hati



Kadang-kadang rasa macam nak duduk sendiri tanpa ganguan, hidup tak campur dengan orang. Lagi senang rasanya sebab takda la nak buat orang terasa atau kecil hati. Lagi satu, aku paling tak suka orang spesis macam duit syiling ni. depan lain belakang lain. Bila depan kita bukan main baik, bila dekat belakang macam pisau yang baru lepas diasah. haha. Lantak la orang nak cakap apa pun dekat aku yang penting aku tak kacau hidup orang. peace ✌️ 

hashtagabanghijaukejalanyangbenar


Monday, 13 April 2015

Vietnam Trip

Mekong River, Vietnam 

Kami pelajar Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa telah melawat tapak-tapak sejarah peperangan di Vietnam. Trip kami yang berlangsung selama 4 hari 3 malam telah sempurna dengan jayanya. Banyak pengalaman dan perkara baru yang kami telah pelajari disana.